Isnin, 20 April 2015

PERBEZAAN ANTARA ALAT GANTI ORIGINAL, RECOND DAN SECOND HAND

PERBEZAAN ANTARA ALAT GANTI ORIGINAL, RECOND DAN SECOND HAND
Pada hari ini saya kongsikan tentang perbezaan alat ganti Original (asli), Recond dan Second Hand.

Alat Ganti Original:-
- Maksudnya dari kilang brand itu. Contohnya alat ganti Proton dari kilang Proton ada logo Proton.
- Harganya mahal.
- Tiada jaminan atau warranty kerana alat ganti tersebut memang berfungsi dan tiada masalah.
- Tempoh penggunaan sangat lama dan boleh bertahan sehingga 5 - 6 tahun atau lebih.


Alat Ganti Recond:-
- Maksudnya alat ganti yang rosak dibaiki semula dengan menggantikan parts/bahagian yang rosak sahaja. Barang asal repair balik.
- Harganya lebih murah dari alat ganti original.
- Ada jaminan sehingga 3 bulan.
- Tempoh penggunaan boleh bertahan sehingga 2 - 3 tahun.


Alat Ganti Second hand:- 
- Maksudnya alat ganti itu barang terpakai. Diambil dari kereta potong.
- Harganya lebih murah dari alat ganti original.
- Tempoh jaminan selama seminggu sahaja.


Saya sebagai seorang mekanik mengesyorkan anda memilih berdasarkan bajet anda.
Tetapi ingatlah bahawa dalam konteks kualiti, alat ganti adalah bergantung kepada harga.
Mahal (original) adalah kualiti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan