Jumaat, 23 Oktober 2015

PEMILIK KERETA PERDANA V6 HAMPIR KERUGIAN RM4,000 KERANA CUAI




Semalam seorang pemuda singgah ke bengkel ketika kami hampir menamatkan tugas. 

Beliau minta kami tengokkan kereta beliau sebab beliau kehilangan sesuatu. 

Tengok gambar itu. 

Apa yang sepatutnya ada tapi tiada? 

Kisahnya, beliau dari Putrajaya. Mahu pulang ke rumah. 

Sebelum pulang, rutin biasa beliau adalah menambah minyak enjin atau minyak hitam. Sebab ada bocor. 

Tetapi, beliau TERLUPA untuk menutup kembali Oil Cap kereta beliau! 

"Memang tak perasan. Terlupa betul saya bang. Saya perasan bila tiba di Tol Putrajaya, oil cap tu terjatuh ke lebuhraya." 

Alhamdulillah rezeki beliau. Sebab memang ada oil cap spare di bengkel. 

Hanya tambahkan minyak enjin dan beliau boleh pulang dengan lega. 

Terima kasih kerana mengunjungi Rahim Auto. 

#bengkel 
#bengkelkereta 
#bengkeluntukwanita 
#shahalam 
#shahalamresident 
#ttdijaya 
#keretarosak 
#tipskereta


via Instagram http://ift.tt/1kznwCI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan