Selasa, 17 November 2015

3 TIPS JIKA KERETA DITENGGELAMI AIR INI AKAN MENYELAMATKAN RM3,000 DUIT POKET ANDA



Hari ini Shah Alam ditenggelami air. 

Ini di kawasan bersebelahan Giant Seksyen 13 di kawasan parking Stadium. 

Kalau kereta kita ni guna banyak elektronik, lagilah kena baca tips ini. 

Macam mana nak tahu kereta kita ni elektronik atau tak? 

Agak-agak saya lah, kereta yang berusia dalam 10 tahun. Gen2, Viva, Kelisa, BLM, Alza, MyVi. Ini geng-geng injection atau elektronik bahasa mudahnya. 

Apa yang perlu dibuat bila terjadi perkara sebegini? 

1. Jangan BUKAK PINTU langsung. 

Lepak mamak dulu, solat Maghrib. Tunggu air surut, baru bukak pintu. Nanti habis kusyen kereta busuk. 

2. Jangan START KERETA langsung. 

Call tow truck dan minta hantar kereta ke bengkel. Mekanik akan bukak computer box dan bateri lepas tu akan tembak angin bagi kering. 

Kalau pandai, bukak kepala bateri dulu. 

Kalau tak tahu, biar je. 

Kalau start jugak kereta tu, habislah computer box tu short kalau ada air masuk. 

Computer box ni macam otak kereta, sebab dia yang control semua. 

3. Jangan lupa mintak mekanik CHECK MINYAK ENJIN. 

Kalau terperasan mekanik macam tak check minyak enjin tu, tanya dia dah buat ke belum. 

Takut-takut minyak tercampur air banjir. 

Tips tambahan: 
Mintak mekanik check minyak gear box jugak. 

Kalau kereta tersemput-semput tak mahu pergi atau jerking, itu tandanya petrol dan campur air. Mintak mekanik turun tangki, servis dan buang minyak petrol lama tu. Pastu isi minyak, bayar kat mekanik dan jalan. Hehe. 

Kalau tak yakin nak hantar workshop mana, call hotline Rahim Auto sekarang. 

#rahimauto 
#011-2013-2276 

Sharekan dan like post ini sesudah baca. Terima kasih. 

#tipskereta 
#rahimauto


via Instagram http://ift.tt/20XXHgo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan